* Solat Istikharah :') *

Hai, Assalamualikum.

Dah dua entry aku publish kan, nie dah termasuk entry yang ketiga. Yess, aku memang suka menaip, kalau tulis tulis nie aku tak berapa nak minat sangat, tapi aku still ada diari tersendiri. Entry yang ketiga nie nak cerita pasal solat istikharah.

Aku bila buntu, aku akan buat solat istikharah. Alhamdullilah, sejak buat solat tuu aku selalu buat keputusan yang betul. Satu hari tu, aku sedih sangat and aku dah betul betul kecewa dengan sikap Amirul. Then malam yang aku sedih tuu, aku buat keputusan untuk solat istikharah . Lepas jea habis solat, aku pun berdoa pada Allah supaya memberikan petunjuk yang betul kepada aku. Ini doa yang selalu aku memohon pada nya.

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Lepas jea aku solat, aku terus tidur. Tiba tiba aku terbangun secara terkejut, rupa rupa nya aku mimpikan Amirul. Tapi aku tak ingat lah apa yang aku mimpikan tapi dalam mimpi tuu ada Amirul. Kalau betul lah dia jodohku, kau dekatkan lah dia pada ku Ya Allah. Kalau dia bukan jodohku, kau jauh kan lah dia daripada hidup ku. Aku harap apa yang aku mimpikan tuu, akan menjadi kenyataan. Insyaallah :')