Hai, Assalamualaikum.
Entry kali nie nak cerita pasal kehidupan aku yang dulu dan sekarang. Dah banyak entry aku buat baru sekarang aku nak cerita pasal kehidupan aku. Btw, aku harap korang suka lah entry aku kali nie, yang tak suka tuu pergi mampus. Ahaha melawak jee, aku bukan nya ganas pun sampai nak cakap macam tuu kan. Tak nak merepek lagi nak mulakan cerita dah nie :')
Okay kehidupan aku yang dulu berbeza sangat dengan sekarang. Dulu aku orang susah sangat, kadang kadang apa yang aku nak dulu semua tak dapat, maklum lah ayah aku tak mampu nak belikan orang susah katakan. Waktu susah susah dulu, ayah aku nie jual ikan, tanam sayur, noreh getah jea. Kadang kadang susah nak dapat modal balik. Kalau kami sekeluarga nak berjalan mana mana, kami cuma naik motor jea. Kadang kami selalu kena tahan dengan polis, kena kejar dengan polis sebab terlalu penuh muatan motor tuu. Lawak k lawak bila teringat balik kisah tuu.
Bila susah tak de siapa nak kawan dengan aku dan adik adik. Kadang kadang keluarga belah ayah belah mak susah nak datang rumah kami. Maklum lah rumah kami buruk, kotor tak macam ruah dia orang. Kadang sedih jugak lah bila dia orang buat kami macam tuu. Tapi kami sekeluarga jenis tak hairan sangat kami jalani hidup kami dengan penuh tabah dan kesabaran. Kami tak kisah apa orang nak cakap asal kan hidup kami sekeluarga bahagia tapi hutang keliling pingang nak katakan.
Okay kehidupan sekarang dah berbeza dengan kehidupan dulu. Kehidupan sekarang bila mak ayah start bukak kedai runcit. Itu lah yang banyak membantu kami sekeluarga sampai sekarang kami hidup senang. Alhamdullilah, Allah dah makbulkan doa kami sekeluarga. Sejak mak pinjam duit amanah ikhtiar, kehidupan kami semakin lama semakin senang. Mak ayah dah mula bukak kedai beli getah, dan kedai runcit tuu mak tutup sebab ramai yang hutang bila ambil barang dekat situ. Mak ayah ambil keputusan untuk bukak kedai getah. Bila bukak kedai getah kehidupan kami setakat nie, Alhamdullilah lah.
Dan bila dah maju kedai getah, mak bukak kedai makan.Hmm kedai makan tuu untuk keluarga mak atau ayah yang dah tak kerja. Kedai makan tuu bapak sdara aku yang menggendala kan sebab mak aku tak boleh nak tinggal kan kedai getah. Bila dah senang semua sedara mara suka dengan keluarga kami, nampak tak permainan nya disiti :0 Tapi jenis keluarga kami tak kisah, biar lah orang nak buat apa dekat kita, jangan kita yang buat orang. Itu prinsip keluarga kami sekeluarga. Bila dah maju kedai makan tuu, mak dapat pulak tender kantin kilang simen. Alhamdullilah banyak rezeki yang masuk untuk kami sekeluarga, bila dapat tender kantin kilang simen mak terpaksa tutup kedai makan sebab tiada siapa yang nak handle. Semua sedara mara aku yang kerja kedai makan tuu, pindah ke kantin kilang simen untuk handle kantin tuu pulak. Dan mak jugak dapat tender kantin kolej komuniti mybe aku yang akan handle kantin kolej tuu.
Dalam pada yang sama banyak dugaan kami sekeluarga, bila dah hidup senang macam nie. Tapi kami tak pernah nak sombong atau angkuh dengan kekayaan kami. Kalau ada yang susah pasti kami akan bantu, kami tak kedekut dengan kekayaan yang kami ada sekarang. Dulu yang tak de kereta, tak de duit, apa yang nak tak dapat sudah berubah menjadi ada kereta, ada motor, ada pandapatan yang cukup, apa yang nak dapat, disayangi sedara mara disukai orang ramai. Terlalu banyak perbezaan bila sudah hidup senang.
Aku bersyukur sangat dengan apa yang aku da sekarang. Aku harap apa yang aku ada sekarang akan berpanjangan sampai bila bila. Dan aku nak ucap kan syukur dan Alhamdulillah pada Allah sebab dah makbul kan doa aku sekeluarga. Terima kasih Ya Allah. Hidup kami dah bermakna sekarang, terima kasih jugak pada yang dah membantu kami sekeluarga dan memberi support kepada kami. Aku tak kan lupa diri dan aku bukan manusia yang belagak dan sombong. Aku manusia yang ingat apa yang berlaku selama nie pada keluarga aku. Sekian :)